Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tiga Beranak Hilang Selepas Keluar Bercuti

Lands-P-2.png

Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita warga Indonesia dan dua anaknya yang dilaporkan hilang selepas keluar bercuti, dua minggu lalu.

Advertisement

Wanita itu dikenali sebagai Ernawati Rajagukguk berusia 36 tahun bersama anak perempuannya, Farisha Jan Mohamed Faiz Khan berusia sembilan tahun dan anak lelakinya, Firaz Khan berusia enam tahun.

Kali terakhir mereka dilihat pada 13 September lalu ketika dikatakan keluar untuk bercuti ke Melaka dan sepatutnya pulang pada 16 September.

Laporan dibuat bekas suami wanita itu di Balai Polis Tanjung Rambutan, Ahad lalu selepas ketiga-tiganya gagal untuk dikesan.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, usaha mengesan tiga beranak itu sedang dijalankan.

 

Sumber: Sinar Harian

SINAR Muzik Retro Terbaik