Seorang pengantin di Indonesia terkejut dan tak sangka apabila menerima wang salinan fotokopi yang diberikan oleh tetamu majlis perkahwinannya.

Wanita bernama Nuriaraziz menunjukkan helaian wang kertas palsu bernominasi 50,000 rupiah (RM15.13) yang diletakkan di dalam sampul.
Advertisement
Malah, tetamu tersebut memberikan sehelai kertas putih yang mempunyai empat salinan fotokopi wang kertas tersebut di atasnya.
“Hidup sudah terlalu penat, tiba-tiba ada juga manusia yang memberikan wang fotokopi,” ujarnya.
Pelbagai reaksi daripada warganet terhadap situasi yang berlaku kepada pengantin itu dan ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan tetamu berkenaan.
Sumber: Kosmo Online