Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tertinggal Anak Di Homestay, Salah Siapa?

Pasangan suami isteri menghadapi detik cemas apabila seorang anak mereka tidak ada bersama di dalam kereta yang dinaiki, rupa-rupanya tertinggal kira-kira 30 minit di sebuah inap desa di Ketereh, Kelantan.

tertinggal anak di homestay, salah siapa?

Memetik laporan Kosmo Online, wanita itu menyedari kehilangan anaknya ketika mahu menunjukkan seekor kuda di tepi jalan kepada kanak-kanak perempuan itu.

Advertisement

Kemudian, anaknya yang lain memberitahu adiknya tidak berada di dalam kereta tersebut yang turut dinaiki tiga individu lain termasuk ibu wanita itu.

“Kami berlalu tinggalkan homestay, bawa kereta dalam 30 minit perjalanan, ternampak kuda tepi jalan. Nak tunjuklah Khyra, tengok belakang tanya Ara (anak yang lain). Tokmi, Dian dan mak naik sekali kereta kami,” katanya.

Pasangan itu cemas apabila mengetahui kanak-kanak itu tidak menaiki kereta mereka.

“Weh la anak aku tertinggal dekat homestay. Papa dia pun tak fikir patah balik kereta terus guna ’emergency signal’, laju pergi ke homestay yang kita orang dah kunci semua dengan gelapnya,” jelasnya.

Seusai sampai di inap desa tersebut, mereka terus memanggil kanak-kanak perempuan tersebut dan mendapati anaknya berada di depan pintu rumah.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik