Baru-baru ini, lebih 28 bayi pramatang telah dipindahkan dari hospital terbesar di Gaza dibawa ke Mesir untuk rawatan segera pada Isnin.

Bayi yang baru lahir itu berada di Hospital Al-Shifa di utara Gaza di mana beberapa yang lain meninggal dunia selepas inkubator mereka tidak dapat berfungsi akibat ketiadaan bekalan elektrik.
Advertisement
Minggu lalu, tentera Israel telah menyerang Hospital Al-Shifa kerana kononnya mendakwa terdapat rangkaian terowong milik pejuang Hamas.
Lebih menyedihkan ratusan pesakit, kakitangan perubatan dan pelarian Palestin meninggalkan Hosppital Al-Shifa pada hujung minggu.
Malah, rakaman langsung yang disiarkan oleh stesen TV Al Qahera Mesir menunjukkan kakitangan perubatan mengangkat bayi dengan berhati-hati dari dalam ambulans dan meletakkan mereka dalam inkubator mudah alih, yang kemudiannya digerakkan melintasi tempat letak kereta ke arah ambulans lain.
Difahamkan, bayi-bayi itu telah berjaya dibawa ke hospital di Rafah supaya keadaan mereka dapat distabilkan sebelum dipindahkan ke Mesir.
Menurut Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, pihaknya memaklumkan lebih 12 bayi telah diterbangkan ke Kaherah.
Sumber: Sinar Harian