Baru-baru ini, kedua-dua remaja berusia 19 tahun mengalami kemalangan yang berpunca daripada tindakan sekumpulan anak muda yang bersaing sesama sendiri.

Malah, kemalangan tersebut berlaku di Persiaran Raja Muda Musa, Klang sehingga melibatkan kematian seorang remaja.
Advertisement
Seorang remaja maut manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal ditunggangi terlibat dalam satu kemalangan dipercayai ketika sedang berlumba haram di Klang pada awal pagi Ahad (5 Mac).
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong, pihak memaklumkan siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada tindakan sekumpulan anak muda yang bersaing sesama sendiri.
Malah, mereka juga dipercayai menunggang motosikal secara laju, melulu dan berbahaya dari arah Kompleks Sukan Pandamaran menghala ke Pelabuhan Klang.
Tambahnya, remaja tersebut dipercayai bergesel sesama sendiri dan terjatuh di atas jalan raya akibat gagal mengawal tunggangan mereka.
“Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada 2.30 pagi bagi mendapatkan rawatan lanjut,” jelasnya.
Sumber: Buzz Kini