Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pengguna Terkejut Pasaraya Jual Kaki Katak

Kecoh di media sosial apabila gambar sepinggan kaki katak yang dijual bersebelahan ikan dan ayam dikongsikan warganet.

pengguna terkejut pasaraya jual kaki katak sebelah kepak ayam

Menurut perkongsian gambar di laman X, gambar tersebut jelas menunjukkan kaki katak dijual secara terbuka di sebuah pasar raya terkemuka di Selangor.

Advertisement

Pelbagai reaksi daripada warganet terhadap tindakan penjual pasaraya tersebut yang mengambil ringan isu ini.

“Hati-hatilah apabila membeli barang basah di pasar raya ini. Jangan tersalah beli.

“Ingatkan ayam atau burung puyuh, rupa-rupanya kaki katak,” komen seorang warganet.

Namun, ada juga sesetengah komen yang berkongsi pasaraya itu dipenuhi warga asing dan ia bukanlah sesuatu yang luar biasa kata warganet.

“Dulu pasar raya sama pernah tular. Kalau nak beli makanan laut bolehlah. Tetapi yang lain macam tidak yakin. Jadi saya terus elakkan,” kata Asma di laman X.

Pihak pengurusan sewajarnya mengambil inisiatif lain untuk menjual kaki katak itu agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat seperti menyediakan ruang asing bagi makanan sebegitu dengan makanan halal.

“Katak ini haram dimakan sahaja. Dijual dengan makanan lain rasanya tidak ada masalah. Katak diharamkan untuk dimakan kerana terdapat larangan membunuhnya dari Nabi SAW, bukan kerana haiwan tersebut dikategorikan sebagai najis,” katanya Izwan.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik