Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Individu Terkejut Temui Mayat Wanita Ditinggal Dalam Kereta

Penduduk sekitar terkejut apabila menemui mayat yang ditinggalkan di dalam sebuah kereta di tepi jalan.

individu terkejut temui mayat wanita ditinggal dalam kereta

Memetik laporan Sinar Harian, seorang wanita mati dibunuh dengan kesan tikaman pisau bertubi-tubi pada badannya sebelum ditinggalkan.

Advertisement

Polis menerima aduan kira-kira pukul 2.17 petang dan menemui mayat wanita berusia 26 tahun itu.

Dilaporkan, wanita itu berjumpa dengan seorang lelaki dan dia pergi ke kawasan parkir di sekitar kawasan tersebut sejurus selesai makan.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, siasatan mendapati mangsa merupakan warga tempatan itu menemui seorang lelaki berusia 44 tahun di sebuah restoran di Jalan Bayu Tinggi 6 di sini, pukul 1.20 tengah hari.

“Setibanya di sebuah kereta Chevrolet, suspek menikam mangsa beberapa kali dengan pisau dan memasukkan wanita itu ke dalam kereta lalu beredar.

“Suspek kemudiannya pulang ke rumahnya di Jalan Sungai Nibong 5, Kapar dan cuba mengejutkan mangsa namun gagal,” jelasnya.

Tambahnya, suspek seterusnya mencederakan diri sendiri dengan menikam badannya menggunakan pisau yang sama dan bertindak atas maklumat.

Setakat ini, polis telah menahan suspek di lokasi berkenaan, kira-kira pukul 4.20 petang hari sama.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik