Seorang individu terkejut apabila sebentuk mata kail dalam produk ikan dalam tin keluaran jenama popular di Thailand ditemui ketika mahu masak makanan tersebut.

Namun, dia bersyukur kerana dia belum menyempat untuk mengunyahnya makanan itu.
Advertisement
Menurut perkongsian di laman Facebook perlindungan pengguna, Phuboripok menunjukkan gambar tin ikan tersebut bersama keterangan gambar.
“Seorang #pengguna hendak memakan ikan dalam tin apabila menemui objek asing di dalam tin. Dia menulis mesej ringkas yang menyatakan, saya tidak memaafkan QC (kawalan kualiti) 100%.
“Dia sudah pun berhubung dengan jabatan jualan (jenama itu) yang menawarkan untuk memberinya dua kotak tin ikan sebagai pampasan untuk kejadian tersebut atau wang tunai 1,500 baht (RM193.04),” tulisnya di kapsyen.
Pelbagai reaksi daripada warganet terhadap keselamatan makanan yang diambil pihak syarikat tersebut.
Malah, mereka mahu semua syarikat bertanggungjawab untuk mengambil berat tentang keselamatan makanan bagi pelanggan.
“Adakah anda fikir saya mahu makan ikan jenama ini selepas mengalami pengalaman ini?,” komen seorang warganet.
“Adakah ikan ini tidak ditangkap dengan pukat? Adakah ikan ini tidak diimbas dengan pengesan logam sebelum ditinkan?,” ujar seorang warganet yang hairan.
Sumber: Kosmo Online