"Sayang Atok ni, apa istimewa mu Zayn, semua orang suka sama awak".
Baru-baru ini, Datuk kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin meluahkan rasa rindunya terhadap cucu sulungnya itu.
Advertisement

Menurut hantarannya di laman Facebook miliknya, Zahari Mohd Reba dilihat berkongsi kenangan bergambar bersama Zayn Rayyan yang sentiasa menghiburkan dirinya.
Malah, cucunya itu sering kali berkunjung ke rumahnya setiap kali hujung minggu.
"Aktiviti terakhir Zayn sebelum meninggalkan kami sekeluarga, setiap hujung minggu akan ke rumah kami, masuk pintu rumah akan cari Tok Ayahnya dulu dan cium Tok Ayah.
"Tok Ayah tak boleh tengok raut wajah mu, setiap kali merenung gambar wajah mu, air mata berderai jatuh ke lantai," tulisnya dalam hantaran.
Tambahnya, dia juga reda akan kejadian yang menimpa terhadap apa yang berlaku kepada Zayn Rayyan.
"Tok Ayah reda apa yang telah berlaku, ni adalah qada dan qadar Tuhan, ALLAH SWT lebih menyayangi mu Zayn.
"Tok Ayah, Wan Mi, Pok Ngoh, Pok Teh dan Pok Su sayang sama kamu, teramat rindu," jelasnya.
Sumber: Astro Awani