Tentera Israel bertindak menyerang dan menyerbu masuk ke hospital terbesar di Gaza, Hospital Al-Shifa selepas beberapa hari mengepung kemudahan itu.

Memetik laporan TRT World, mereka melakukan tindakan tersebut disebabkan sasaran terhadap operasi Hamas di lokasi berkenaan.
Advertisement
“Berdasarkan maklumat risikan dan keperluan operasi, askar Israel menjalankan operasi yang disasarkan ke atas Hamas di kawasan tertentu Hospital Al-Shifa.
“Antara yang turut serta ialah pasukan perubatan dan penceramah berbahasa Arab yang telah menjalani latihan spesifik untuk persekitaran seperti ini dengan tujuan tidak mencetuskan bahaya kepada orang awam,” katanya.
Namun, pihak pentadbiran Gaza masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan setakat ini.
Sumber: Kosmo Online