Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tentera Israel Bertindak Bakar Bekalan Bantuan Gaza

Sebuah video tular apabila jelas ia memaparkan tindakan biadab askar Israel membakar bekalan bantuan kemanusiaan yang tiba di Gaza.

tentera israel bertindak bakar bekalan bantuan gaza

Malah, video itu juga menunjukkan beberapa lelaki memakai uniform tentera ketawa sambil menyalakan api pada bungkusan makanan dan timbunan botol air di belakang sebuah lori.

Advertisement

Organisasi bukan berasaskan keuntungan, Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med telah berkongsi video berkenaan dan pelbagai reaksi daripada warganet.

Ia didakwa telah dirakam di kawasan kejiranan Shejaiya di Bandar Gaza.

Ribuan orang telah melarikan diri ke bandar selatan Rafah dalam beberapa hari kebelakangan ini, yang merupakan salah satu kawasan terakhir di mana agensi bantuan dapat menghantar bekalan makanan dan air.

Tentera Israel telah menetapkan satu kawasan sempit di bahagian pantai selatan yang tandus, Al Mawasi, sebagai ‘zon selamat’.

Namun, penduduk Gaza menyifatkan keadaan di situ sangat sesak dengan penduduk lain dan tiada barangan keperluan asas untuk mereka.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik