Baru-baru ini, seorang wanita telah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di Melaka pada Rabu.

Hukuman itu dijatuhkan akibat menyimbah air panas pada anak lelakinya yang kantoi menonton video lucah di telefon bimbit.
Advertisement
Hakim Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 38 tahun yang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan
Tindakan tertuduh yang menyimbah air panas ke arah mangsa telah menyebabkan anak lelakinya cedera parah.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2.56 pagi pada 27 Jun 2022 di sebuah rumah di taman perumahan kakitangan kerajaan di Sungai Udang.
Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau dengan sebat, jika sabit kesalahan.
Sumber: Sinar Harian