Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jangan Makan! Telur Berkilat Dalam Kuali Petanda Pseudomonas Sedang ‘Berpesta’

jangan makan! telur berkilat dalam kuali petanda pseudomonas sedang ‘berpesta’

Siapa sangka sesuatu yang kelihatan cantik di dalam kuali boleh menjadi amaran besar untuk kesihatan? Baru-baru ini tular perkongsian mengenai sejenis bakteria bernama Pseudomonas Aeruginosa yang boleh menyebabkan permukaan telur kelihatan berkilau seperti warna pelangi. Ramai menyangka ia sekadar tindak balas biasa ketika memasak, namun hakikatnya ia petanda makanan itu sudah tercemar dan langsung tidak selamat dimakan.

Advertisement

Bakteria ini terkenal dengan ‘perisai’ semula jadinya berupa lapisan lendir hidrofob yang melindungi koloninya. Disebabkan lapisan inilah, ia sangat sukar dimusnahkan walaupun menggunakan air panas, bahan pencuci malah sesetengah proses pensterilan. Lebih membimbangkan, kuman ini juga diketahui mempunyai ketahanan terhadap beberapa jenis antibiotik.

jangan makan! telur berkilat dalam kuali petanda pseudomonas sedang ‘berpesta’

Pakar menasihatkan, jika anda ternampak kesan berkilau luar biasa pada telur atau makanan lain di dalam kuali, jangan sesekali cuba membersihkannya di singki. Tindakan itu boleh menyebabkan bakteria merebak ke saluran paip dan mencemari sumber air di rumah. Langkah paling selamat ialah membuang terus kuali tersebut, walaupun kedengaran agak ekstrem.

Bagi individu yang mempunyai imuniti lemah seperti warga emas, pesakit kronik atau kanak-kanak kecil, jangkitan bakteria ini boleh membawa kesan sangat serius, malah berpotensi mengancam nyawa. Gejala seperti demam, jangkitan kulit dan masalah pernafasan antara yang sering dikaitkan dengannya.

Kes ini menjadi peringatan bahawa tidak semua yang kelihatan unik di dapur adalah sesuatu yang menarik untuk dikongsi di media sosial. Kebersihan peralatan memasak, cara penyimpanan makanan dan kepekaan terhadap perubahan luar biasa adalah kunci melindungi keluarga daripada bahaya tersembunyi.

SINAR Muzik Retro Terbaik