Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Telegram Gagal Bendung Aktiviti Gelap?

Lands-P-7.png

Pada bulan lalu, berita bos Telegram, Pavel Durov yang telah dicekup di Paris mencetuskan persoalan tentang sistem keselamatan aplikasi tersebut yang sekali gus merupakan pesaing kepada aplikasi WhatsApp.

Advertisement

Telegram kini mempunyai 700 juta pengguna aktif setiap bulan namun, sejak tahun 2018, aplikasi Telegram berdepan dengan sekatan di Rusia.

Walaupun bagaimanapun, Telegram mula menjadi ‘daya tarikan’ kepada mereka yang berniat jahat sehingga  mengeksploitasinya.

Lebih-lebih lagi apabila Telegram menjadi hab transaksi haram termasuk penyeludupan dadah, pornografi, pengubahan wang dan urus niaga pasaran gelap seperti perkhidmatan kriptografi kepada penjenayah yang semakin berleluasa meskipun dinafikan Durov.

Bukan itu sahaja, pelbagai maklumat yang salah telah disebarkan melalui aplikasi ini.

Penahanan Durov sedikit sebanyak membuktikan kegagalan Telegram untuk mengekang aktiviti haram seperti mempromosikan keganasan dan kegiatan scammer di platform tersebut.

 

Sumber: Sinar Harian

SINAR Muzik Retro Terbaik