Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Individu Tangkap Suspek Zayn Rayyan Ganjaran RM20,000 Menanti

Tawaran ganjaran sebanyak RM20,000 buat orang awam yang dapat membantu kepada penangkapan suspek kes bunuh kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin.

 individu tangkap suspek zayn rayyan ganjaran rm20,000 menanti

Menurut Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor, Datuk Seri A. Thaiveegan, beliau memaklumkan ganjaran itu ditawarkan bagi membantu kes tersebut yang telah berlarutan lebih dua bulan lalu.

Advertisement

Pihaknya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat agar menyalurkannya kepada polis yang telah melakukan sebaik mungkin sebelum ini.

“MCPF Selangor bersedia menawarkan ganjaran RM20,000 kepada sesiapa yang boleh membantu memberikan maklumat kepada polis Selangor untuk menangkap suspek-suspek dan boleh berjaya dituduh dengan jaya.

“Maka MCPF beri ganjaran RM20,000 melalui PDRM Selangor. Kita berharap ia sedikit sebanyak akan membantu polis (dari segi maklumat kukuh) dalam menyelesaikan kes tersebut ,” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik