Sebelum ini, Kementerian Pendidikan mengagihkan peruntukan RM70,000 kepada setiap sekolah di seluruh negara bagi membaiki tandas untuk keselesaan setiap pelajar.

Namun, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila melihat keadaan tandas sekolahnya yang kotor dan masih belum dibaik pulih.
Advertisement
Biarpun sekolah telah menerima peruntukan itu tetapi tandas sekolah untuk pelajar masih berada dalam keadaan tidak memuaskan.
“Katanya dapat peruntukan RM70,000 untuk baik pulih tandas setiap sekolah. Tapi, inilah tandas sekolah kami,” katanya dalam ruangan kapsyen.
Pelbagai reaksi daripada orang ramai terhadap isu ini dan menggesa pengguna tersebut supaya membuat laporan terus kepada KPM.
“Mohon menteri, Fadhlina Sidek turun padang dan lakukan ‘spot check’ kerana masih ada tandas sekolah yang masih berada dalam keadaan yang tidak memuaskan,” komen seorang warganet.
“Buat laporan sahaja. Tapi kena telus, bagi tahu sekolah mana. Gambar ini gambar bila? Apa-apapun kita bersangka baiklah ya,” kata seorang warganet.
Sumber: Kosmo Online