Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Tak Takut Ke Meletup?” - Individu Selamba Masak Mi Segera Sebelah Stesen Minyak

Baru-baru ini, sekumpulan individu mendapat perhtian di media sosial apabila mereka bertindak ‘berkelah’ di sebuah stesen minyak di Genting Highlands.

“tak takut ke meletup?” - individu selamba masak mi segera sebelah stesen minyak

Video berdurasi satu minit dua saat itu jelas memaparkan beberapa individu santai melepak di stesen minyak tersebut sambil memasak mi segera.

Advertisement

Pelbagai reaksi dan komen warganet terhadap tindakan mereka itu yang disifatkan tidak hormat dengan persekitaran dan keselamatan.

Malah, video itu juga menunjukkan sebuah kereta peronda memasuki stesen berkenaan berikutan terdapat ramai individu berkumpul di stesen minyak tersebut.

“Suka hati je masak mi segera, bahaya tau dekat stesen minyak sebelah tu,” kata seorang warganet.

“Siapa punya idea nak ‘healing’ siap bawa dapur api pula tu?,” komen seorang warganet.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik