Sebilah kapak tangan berusia 200,000 tahun ditemui sekumpulan ahli arkeologi ketika melakukan penggalian di selatan kota Al-Ula.

Memetik laporan Arab News, kumpulan diketuai Dr. Can dan Gizem Aksoy daripada sebuah syarikat perunding warisan, TEOS Heritage itu berada di Qarah untuk mendapatkan bukti kehidupan manusia purba di kawasan itu.
Advertisement
Qarah merupakan salah satu kawasan kediaman penting di Semenanjung Arab pada abad pertama tamadun Islam serta memiliki banyak tapak bersejarah dan penting dari sudut arkeologi.
Kapak itu diperbuat daripada basalt lembut dengan setiap bahagian sisinya ditajamkan.
Malah, ia juga mempunyai panjang sepanjang 51 sentimeter (sm) dan dipercayai dihasilkan pada Zaman Paleolitik yang berakhir kira-kira 10,000 tahun lalu.
Pasukan itu telah menemui lebih 12 alat batu serupa di kawasan itu dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara ia dibuat serta digunakan.
Sumber: Kosmo Online