Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) Datuk Nasiruddin Mohd. Ali, isterinya Datin Azura Md Yusof dan 20 lagi individu didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, sebentar tadi atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Bagaimanapun, tiada pengakuan daripada semua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun.
Advertisement
Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang GISBH, di Jalan Desa Bandar Country Homes, Rawang di sini, antara Oktober 2020 hingga 11 September lalu.
Justeru, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian menetapkan 23 Disember ini bagi sebutan semula kes bagi kesemua tertuduh.
Sumber: Kosmo Online