Baru-baru ini, pelbagai spekulasi dan kontroversi melibatkan Kerajaan Perancis dan pegawai Olimpik terutamanya isu larangan memakai hijab ketika upacara pembukaan temasya sukan terbesar dunia itu.

Malah, pihaknya juga berada dalam dilema mencari jalan penyelesaian kreatif bagi membenarkan pelari beragama Islam, Sounkamba Sylla memakai hijabnya pada upacara pembukaan sambil tetap mematuhi undang-undang sekularisme negara itu.
Advertisement
Tambahnya, Sylla yang menyertai kuartet 4×400 meter Perancis berkongsi kekecewaannya itu di laman Instagram miliknya.
Dia juga tetap teguh untuk memakai hijabnya yang merupakan kain tudung yang dipakai kebanyakan wanita Islam.
“Anda dipilih untuk Sukan Olimpik, dianjurkan di negara anda sendiri, tetapi anda tidak boleh menyertai upacara pembukaan kerana anda melindungi kepala anda dengan skaf,” tulisnya.
Dia bagaimanapun tidak membalas segera ketika diminta mengulas lebih lanjut.