Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tahu Tak? Rupanya Ada Manusia yang Rasa Takut Apabila Diajak

tahu tak? rupanya ada manusia yang rasa takut apabila diajakFoto: X

Selama ini kita biasa dengar tentang FOMO — Fear of Missing Out — rasa takut terlepas sesuatu yang happening. Tengok kawan-kawan post party kat IG, terus rasa macam hidup kita hambar.

Advertisement

Tapi sekarang ada istilah baru yang makin trending, FOBI atau Fear of Being Included. Yes, betul tu, takut kalau dijemput join.

Apa Sebenarnya FOBI?

Istilah ni mula jadi perbualan hangat selepas muncul dalam Wednesday Season 2. Dalam satu adegan, Wednesday Addams selamba cakap: “I have FOBI — Fear of Being Included.”

Maknanya? Bukan takut ditinggalkan, tapi takut dilibatkan. Bila ada orang ajak hangout, party, team bonding, atau sekadar lepak mamak — ada individu yang rasa cemas, terbeban, malah lagi rela tak join.

Kenapa Ramai Relate Dengan FOBI?

  • ⁠Self-Care & Mental Health Dah Jadi Prioriti

Generasi sekarang lebih terbuka dengan konsep jaga sempadan diri. Kalau penat, kalau tak larat nak socialize, tak salah untuk tolak jemputan.

  • Social Fatigue Itu Real

Media sosial dah cukup bising. Bila offline pun kena perform sosial lagi? FOBI datang bila kita rasa penat nak pakai “topeng” setiap kali berkumpul.

  • ⁠Lebih Suka Privasi

Bukan semua orang enjoy crowd. Ada yang recharge dengan me-time — baca buku, binge drama, atau tidur!

FOBI vs FOMO vs JOMO

•⁠  ⁠FOMO: Takut tertinggal benda best

•⁠ JOMO (Joy of Missing Out): Enjoy bila tak join, sebab ada benda lain lebih bermakna

•⁠  ⁠FOBI: Takut kalau kena join, sebab bayangkan drama, penat, atau awkwardness yang datang sekali

Macam Mana Nak Handle FOBI?

•⁠  ⁠Kenal pasti trigger— adakah sebab crowd terlalu besar, tak selesa dengan orang tertentu, atau memang nak rehat?

•⁠  ⁠Berani cakap “no” — tak salah tolak dengan sopan.

•⁠  ⁠Balance— jangan isolate diri. Pilih aktiviti yang betul-betul sesuai dengan tenaga & mood.

•⁠  ⁠Cari circle yang faham — kawan baik akan respect bila kita perlukan ruang.

Kesimpulan

FOBI bukan sekadar trend internet. Ia refleksi realiti sosial hari ini — bila orang makin penat nak sentiasa “on”, tapi dalam masa sama nak jaga diri sendiri.

So, next time kalau ada jemputan, tanya diri "Aku betul-betul nak pergi, atau aku pergi sebab takut nampak tak join?" Ingat, tak semua jemputan perlu diterima.

Kadang-kadang, memilih untuk tak terlibat itu pun satu bentuk kekuatan.

SINAR Muzik Retro Terbaik