Foto janaan AI
Seorang pelajar meluahkan rasa sedih apabila ibunya bertindak mendiamkan diri selama tiga hari selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterimanya tidak mencapai jangkaan keluarga.
Advertisement
Remaja lelaki berusia 18 tahun itu berkata, dia berasa tertekan kerana gagal memperoleh sebarang gred A walaupun sudah berusaha sebaik mungkin sepanjang peperiksaan.
“Saya dah buat yang terbaik, tapi mungkin belum ada rezeki. Keputusan saya 3B, 3C, 1D dan 1E. Sejak keputusan diumumkan, ibu terus tak bercakap dengan saya,” katanya menerusi perkongsian di Threads.
Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan suasana di rumah menjadi tidak selesa dan memberi kesan kepada emosi dirinya.
“Saya anak sulung lelaki, harapan keluarga selepas ayah dah tiada. Tapi bila dipulau macam ni, saya rasa seolah-olah usaha saya tak dihargai.
“Saya pun ada kelemahan, saya bukan sempurna,” luahnya.
Perkongsian itu kemudian mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata bersimpati selain mengingatkan ibu bapa supaya lebih memahami tekanan yang ditanggung anak-anak.
“Yang penting dia dah cuba. Jangan nilai anak semata-mata pada keputusan,” kata seorang pengguna.
“Ada orang biasa saja masa sekolah, tapi bila kerja nanti dia yang paling kuat. Percayalah pada anak,” ujar seorang lagi.
“Teruskan usaha, jangan putus asa. Mungkin ibu kecewa sekarang, tapi buktikan kejayaan pada masa depan,” tulis pengguna lain.
Sumber: Thread