Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“I stand with Que Haidar” — Giliran Namron Luah Sokongan Terhadap Que Haidar, Seru Agar Jangan Menghilang Lagi

Gambar: Threads

Industri hiburan tempatan kembali hangat apabila pelakon dan pengarah terkenal, Namron, tampil menyuarakan sokongan terbuka terhadap aktor versatil, Que Haidar yang kini menjadi perhatian ramai susulan isu yang sedang diperkatakan.

Advertisement

Menerusi satu hantaran yang penuh emosi, Namron atau nama sebenar Shahili Abdan secara jelas menyatakan pendiriannya:

“I stand with Que Haidar. Pernah meninggalkan kerjaya, impian dan cita-cita demi untuk keluarga.”

Kenyataan itu bukan sekadar sokongan biasa, sebaliknya menggambarkan penghormatan mendalam terhadap pengorbanan Que Haidar yang suatu ketika dahulu memilih untuk menjauhkan diri daripada dunia seni demi komitmen terhadap keluarga.

Menurut Namron lagi, kehilangan figura seperti Que dalam industri hiburan nyata dirasai ramai pihak, terutama peminat setia yang merindui lakonan mantapnya.

Namun, kemunculan semula Que Haidar baru-baru ini seolah-olah memberi nafas baharu kepada industri. Justeru, Namron meluahkan kebimbangan terhadap kemungkinan pelakon itu mungkin akan ‘hilang’ sekali lagi akibat tekanan atau kontroversi yang melanda.

Dalam nada penuh semangat, Namron menyeru agar Que terus kuat dan tidak mengalah:

“Tolong jangan menghilang lagi. Terus berdiri dan lawan. Jangan menyerah. Aku tahu kau kuat.”

Sokongan terhadap Que Haidar bukan hanya datang daripada Namron semata-mata. Sebelum ini, pelakon senior Ellie Suriaty turut tampil mempertahankan Que secara terbuka melalui sebuah komen di aplikasi Threads.

Pelakon Kodi Rasheed turut menyatakan bahawa ramai yang menyayangi Que Haidar.

Perkembangan ini jelas memperlihatkan bahawa Que Haidar bukan sekadar seorang pelakon, tetapi figura yang dihormati dan disayangi oleh rakan-rakan seperjuangan. Dalam saat dirinya berdepan tekanan, sokongan moral seperti ini dilihat mampu menjadi ‘perisai’ untuk terus bertahan.

Apa pun yang sedang berlaku, ramai kini menantikan langkah seterusnya daripada Que Haidar sama ada beliau akan terus bangkit atau kembali menyepi?

 

SINAR Muzik Retro Terbaik