Skip to main content

Advertisement

Berita

Inkues Zara Qairina: Pakar Simpulkan Kematian Selari dengan Perbuatan Menamatkan Nyawa Sendiri

Foto: Sinar Harian

Mahkamah Koroner dimaklumkan bahawa hasil autopsi psikologi terhadap kematian Zara Qairina Mahathir menunjukkan kes itu lebih cenderung kepada perbuatan menamatkan nyawa sendiri.

Advertisement

Pakar psikiatri forensik, Dr Chua Sze Hung berkata penilaian dibuat berdasarkan ketidakseimbangan antara faktor risiko dan pelindung yang meningkatkan kecenderungan terhadap tingkah laku tersebut.

“Ketidakseimbangan ini meningkatkan kerentanan terhadap tingkah laku bunuh diri… tindakan akhir tersebut berkemungkinan merupakan usaha untuk menamatkan penderitaan,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Beliau menegaskan, dapatan itu menunjukkan kematian si mati tidak dirancang secara rapi, sebaliknya berlaku dalam keadaan tekanan emosi yang tinggi dan pertimbangan yang terganggu.

“Oleh itu, autopsi psikologi ini menyimpulkan bahawa cara kematian adalah paling konsisten dengan bunuh diri,” jelasnya.

Dalam masa sama, beliau berkata tiada bukti kukuh yang menunjukkan si mati ditolak secara fizikal.

“Saya tidak percaya si mati telah ditolak secara fizikal, kerana tiada bukti yang boleh dipercayai,” katanya.

Menurutnya, walaupun terdapat tanda ketidakstabilan emosi dan simptom kemurungan, ia tidak cukup untuk mengesahkan gangguan mental serius sebelum kejadian.

Beliau turut menjelaskan bahawa bunuh diri adalah fenomena kompleks dan tidak semua kes berkait dengan penyakit mental.

Bagi kes ini, antara faktor risiko dikenal pasti termasuk tekanan hidup, konflik keluarga, persepsi dibuli, masalah emosi serta keinginan untuk mati, selain faktor pencetus seperti tekanan semasa soal siasat dan rasa terasing.

Sumber: Sinar Harian

SINAR Muzik Retro Terbaik