Skip to main content

Advertisement

Berita

Perkhidmatan Laluan Kelana Jaya Terganggu, Tren Dilencongkan Susulan Dahan Pokok di Landasan

Foto: Tangkap layar X

Perkhidmatan tren bagi Laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan selepas berlaku halangan dahan pokok di landasan berhampiran Stesen Taman Paramount.

Advertisement

Kejadian itu menyebabkan operasi perjalanan tren terganggu dan kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan bagi mengatasi masalah berkenaan.

 

 

Bagi memastikan perkhidmatan tetap berjalan, beberapa pelarasan operasi telah dilaksanakan dengan mengaktifkan tren alternatif seperti berikut:

  1. Tren dari Putra Heights berakhir di Stesen Kelana Jaya dan berpatah balik ke Putra Heights.

  2. Perkhidmatan tren perantara disediakan antara Stesen Kelana Jaya dan Taman Jaya di platform 2.

  3. Tren dari Gombak berakhir di Stesen Taman Jaya dan berpatah balik ke Gombak.

Langkah ini diambil bagi mengekalkan kesinambungan perjalanan penumpang di laluan yang terjejas.

Sebagai langkah keselamatan tambahan, tren dijangka berhenti lebih lama di setiap platform sepanjang tempoh gangguan ini berlaku.

Penumpang dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan mengambil maklum akan perubahan jadual sementara kerja-kerja pemulihan diselesaikan.

Sumber: Facebook Rapid KL

SINAR Muzik Retro Terbaik