Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan kadar bayaran bagi bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah Haji buat kali pertama, ditetapkan pada RM12,356 seorang tahun ini.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman, pihaknya mengumumkan kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan M40 yang kali pertama menunaikan rukun Islam kelima itu pula ialah RM19,152 seorang.
Advertisement
Malah, ia diumumkan susulan kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk menunaikan ibadat itu tahun ini ditetapkan RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lepas.
"Kadar ini telah mengambil kira keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap bakal haji kumpulan B40 dan kerajaan akan menanggung sebanyak RM1,000 seorang.
"Bakal haji kumpulan B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji dan bantuan kerajaan berjumlah RM20,944 seorang atau bersamaan dengan 63 peratus daripada kos haji.
"Sementara itu, bakal haji kumpulan M40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM14,148 seorang atau 42 peratus daripada keseluruhan kos haji,” katanya.
Sumber: Kosmo Online