Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Panas! Syed Saddiq Dikenakan Hukuman, Peguam Mohon Hukuman Ringan

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dihukum penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta di atas empat pertuduhan iaitu bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).

panas! syed saddiq dikenakan hukuman, peguam mohon hukuman ringan

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Syed Saddiq, 30, bersalah terhadap keempat-empat pertuduhan selain pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada kes pendakwaan itu. 

Advertisement

Namun, pasukan pembelaan memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikenakan hukuman ringan dalam bentuk penjara atau denda sahaja.

Menurut Peguam, Haijan Omar mewakili Syed Saddiq, beliau memohon perkara itu, tanpa menyebut mengenai peruntukan hukuman sebatan.

Malah, peguam ini juga berkata anak guamnya menyesal, akur dan muhasabah diri di atas keputusan berkenaan.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik