Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nak Ambil Pekerja Asing? Ini Peraturan Asas Yang Anda Perlu Tahu!

nak ambil pekerja asing? ini peraturan asas yang anda perlu tahu!

Foto: Jabatan Imigresen Malaysia

Advertisement

Malaysia membenarkan kemasukan pekerja asing bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor tertentu. Semua pekerja asing WAJIB mempunyai permit kerja yang sah sebelum dibenarkan bekerja di negara ini.

Pekerja asing dibenarkan bekerja dalam norma 3D (Dirty, Dangerous, Difficult) dan dalam 7 sektor utama: Pembinaan, perkhidmatan, pertanian, perladangan, perkilangan, perlombongan & pengkuarian, kawalan keselamatan dan pembantu rumah asing (PRA).

nak ambil pekerja asing? ini peraturan asas yang anda perlu tahu!

Foto Hiasan

Terdapat juga kategori pekerja tidak mahir serta separa mahir untuk subsektor tertentu. Kemasukan kategori lain diuruskan oleh Expatriate Services Division (ESD).

Keperluan Permit Kerja

  • Wajib memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah
  • Majikan perlu memohon melalui sistem dan saluran yang ditetapkan Imigresen
  • Hanya sektor dan negara sumber yang diluluskan boleh menggaji pekerja asing
  • Pekerja tanpa permit sah dianggap pendatang tanpa izin (PATI) dan boleh dikenakan tindakan undang-undang

Infografik ini memberikan gambaran jelas mengenai sektor dibenarkan, negara sumber rasmi dan syarat utama iaitu keperluan permit kerja sah bagi setiap pekerja asing di Malaysia.

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

SINAR Muzik Retro Terbaik