Foto: Instagram
Pelakon dan usahawan, Sweet Qismina menjelaskan dia serta suaminya, Adam Lee, belum berhasrat untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan zuriat. Menurutnya, usia perkahwinan mereka yang baru mencecah tiga tahun masih terlalu awal untuk berasa tertekan dengan soal anak.
Advertisement
Sweet berkata mereka berdua kini lebih selesa menikmati kehidupan berumah tangga tanpa tergesa-gesa, selain percaya rezeki untuk menimang cahaya mata adalah urusan Tuhan yang akan tiba pada waktu yang tepat.
“Saya dan Adam tak pernah merancang nak buat rawatan apa-apa. Kami masih muda dan saya percaya kalau sudah tertulis rezeki, Insya-Allah akan ada. Buat masa ini, kami hanya ikut aliran hidup seadanya,” katanya.
Tambah pelakon drama Honey-Moon itu, dia bersyukur kerana tidak pernah menerima tekanan daripada keluarga atau masyarakat mengenai isu mendapatkan anak, malah semua pihak memahami dan memberi sokongan.
Sweet menegaskan fokus utama mereka kini adalah untuk mengukuhkan hubungan dan karier masing-masing sambil menikmati fasa awal perkahwinan.
Baginya, setiap pasangan mempunyai perjalanan tersendiri dan tidak wajar membandingkan diri dengan orang lain yang lebih awal dikurniakan zuriat.
Sumber: HibGlam