Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Puji Yusof Haslam. Dr Zulkifli Beri Nasihat Buat Syamsul Yusof, Keluarga dan Kita Semua. Ini Nasihatnya.

puji yusof haslam. dr zulkifli beri nasihat buat syamsul yusof, keluarga dan kita semua. ini nasihatnya.

Isu yang melibatkan seluruh keluarga Syamsul Yusof turut mendapat perhatian Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, mantan Mufti Wilayah Persekutuan.

Advertisement

Dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Jakarta, Dr Zul sempat menulis beberapa nota dan nasihat penting yang ditujukan bukan sahaja buat Syamsul Yusof dan keluarga, malah untuk seluruh masyrakat.

Tulisan tersebut bertajuk Surat Terbuka Untuk Syamsul Yusof dan Keluarga

“Semasa saya di dalam penerbangan Garuda Air menuju ke Jakarta pada tengahari ini pada 9 Januari 2023, saya sempat meneliti isu-isu semasa di media sosial.

“Masih hangat dibincangkan tentang saudara Syamsul Yusof, keluarga dan juga bapanya, Datuk Yusof Haslam. Isu yang agak lama berlarutan, sehingga dinoktahkan dengan pengakuan Syamsul baru-baru ini. 

“Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada semua yang terlibat dalam isu ini. Sejujurnya saya tergerak untuk mengemukakan sedikit nasihat.

“Bukanlah ingin membuktikan saya lebih mengetahui, tetapi sekadar ingatan bersama berdasarkan sedikit ilmu yang saya ada. Saya lafazkan ‘أستغفرُ اللهَ وأتوبُ إليهِ’. Mudah-mudahan kita beroleh sedikit panduan dan pedoman.” permulaan kata daripada Dr Zul.

Ada beberapa tiga belas nasihat yang diberikan Dr Zulkifli sebagai pegangan buat kita semua. Antaranya adalah : 

Pertama: Agama itu adalah Nasihat

Ini selaras dengan firman Allah SWT:

وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ ‎

Maksudnya: “Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran.”

"Kita mahukan apa yang terzahir adalah satu gambaran umat atau kelompok Muslimin yang bersatu padu, satu umat yang terpilih, yang sedar dan yang tegak di bumi di atas lunas-lunas kebenaran, keadilan dan kebaikan.

"Begitulah yang ditafsirkan oleh Sayyid Qutb Islam pada ayat di atas. Allah SWT mahukan mereka menjadi satu umat yang terpilih, kuat, sedar, siap siaga mengawasi kebenaran dan kebaikan dan sentiasa saling berpesan sesama mereka supaya menjunjung kebenaran dan bersabar dalam perjuangan dan hidup saling mesra, bekerjasama dengan semangat ukhuwah Islamiyah sebagaimana apa yang disarankan oleh kata-kata berpesan di dalam al-Quran. (Lihat Tafsir Fi Zilal al-Quran, 17/521). Begitulah besarnya peranan nasihat.

Kedua: Syabas kepada Saudara Syamsul

"Tindakan saudara meletakkan noktah bagi kemelut “cakap-cakap belakang” dengan mengisytiharkan perkahwinan tersebut adalah perlakuan yang berani.

"Saya katakan syabas kerana itulah kalimah yang terbaik kerana ia berakhir dengan tindakan yang selari dengan syarak. Semoga dengan ini, akan selesailah kemelut yang menjadi teka-teki yang hakikatnya menyebabkan keadaan menjadi lebih parah."

Ketiga: Syabas kepada Datuk Yusof Haslam

"Sikap yang ditunjukkannya jelas amat matang. Nada suaranya memberi erti seribu satu macam makna yang hanya dirasai oleh seorang bapa yang sedaya upaya berlaku adil dengan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT sebagai pencorak kepada selembar kain putih. Sifat kebapaan yang dizahirkan, mengingatkan saya kepada kisah Nabi Nuh AS yang tegas dengan prinsip dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya. Inilah yang sewajarnya kita insafi dan kita lakukan."

Keempat: Kepada keluarga semua pihak yang terlibat, wajib untuk kita beriman dengan qadha’ dan qadar. 

"Ibn Kathir berkata: Hal ini berlaku untuk semua perkara. Boleh jadi manusia menyukai sesuatu, padahal tidak ada kebaikan dan maslahat sama sekali di dalamnya..Allah yang mengetahui akhir sesuatu dari perkara kita. Allah yang mengkhabarkan dengan apa yang ada maslahat untuk dunia dan akhirat kita. Maka lakukan dan patuhlah pada perintah-Nya, nescaya kita akan beroleh petunjuk.” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/573)

"Ini bersyaratkan dengan redha dan patuh kepada perintah Tuhan dan Rasul, buat mengikut kehendak-Nya dan menghindarkan hanya beriman dengan emosi dan perasaan."

Kelima: Sikap kita semua

"Kita akan menuju untuk menemui Tuhan. Ambillah kebaikan dalam hidup dan jadikan keburukan sebagai sempadan untuk membina semula kehidupan yang baharu. Tidak ada yang sempurna kerana kehidupan itu sendiri adalah medan ujian."

Untuk bacaan penuh kesemua nasihat yang diberikan oleh Dr Zul boleh baca di sini Surat Terbuka Buat Syamsul Yusof dan Keluarga. 

 

 

 

 

SINAR Muzik Retro Terbaik