Ramai penduduk dunia tidak melepaskan peluang untuk melihat bulan purnama besar atau dikenali sebagai ‘Super Blue Moon’ menerangi langit di seluruh dunia malam kelmarin.

Memetik laporan MailOnline, fenomena yang berlaku hanya sekali dalam tempoh 14 tahun itu menunjukkan Bulan bersaiz besar dan bercahaya terang.
Advertisement
Malah, Supermoon berlaku apabila Bulan melalui perigee atau titik paling hampir dengan Bumi.
Pada waktu tersebut, saiz Bulan kelihatan 14 peratus lebih besar serta lebih cerah.
Namun, Bulan sebenarnya tidak kelihatan berwarna biru biarpun ia digelar Super Blue Moon kerana terma itu merujuk kepada fenomena Bulan mengambang berlaku dua kali dalam masa sebulan.
Hal ini berlaku kerana kitaran Bulan agak pendek iaitu 29.5 hari berbanding bulan pada kalendar solar yang berlangsung selama 30 atau 31 hari.
Fenomena Super Blue Moon sebelum ini berlaku pada Disember 2009 dan fenomena seterusnya dijangka akan berlaku secara berturut-turut, iaitu pada Januari dan Mac 2037.
Sumber: Kosmo Online