Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mudahkan Jemaah, Sultan Selangor Lancar e-Khutbah Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan laman web Khutbah Selangor (e-Khutbah) mengandungi semua teks khutbah diterbitkan oleh Jabatan Agama lslam Selangor (JAIS).

mudahkan jemaah, sultan selangor lancar e-khutbah selangor

Menariknya, laman web itu terdiri daripada koleksi khutbah dibaca pada setiap Jumaat, Hari Raya ldul Fitri, Hari Raya ldul Adha dan Solat Sunat Gerhana dan ia menghimpunkan koleksi 23 tahun khutbah-khutbah bertulisan jawi dan rumi.

Advertisement

Pelbagai menu untuk carian teks khutbah dan multimedia berbahasa Inggeris yang ada di dalam e-Khutbah Selangor itu.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, baginda berpandangan bahawa khutbah sangat penting sebagai medium Ulil Amri untuk menyampaikan ajaran agama Islam dengan tepat dan bertanggungjawab.

"Khutbah adalah medium masyarakat bagi menambah ilmu, kefahaman tentang prinsip-prinsip dan perlaksanaan agama lslam berkaitan dengan akidah, syariah dan akhlak.

"Khutbah turut berperanan memberi pendekatan yang dituntut oleh Islam terhadap isu dan permasalahan semasa yang berlaku," titah baginda.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik