Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cinta Hingga Hujung Nyawa! Suami Meninggal Dunia Selang Dua Jam Isteri Pergi

Pasangan suami isteri di Felda Air Tawar 4 boleh diibaratkan seperti cinta hingga hujung nyawa selepas meninggal dunia selang dua jam.

cinta hingga hujung nyawa! suami meninggal dunia selang dua jam isteri pergi

Selepas menerima maklumat tentang kematian isterinya Norazizah Jasri, 60, awal pagi tadi akibat jangkitan kuman dalam paru-paru, suami Mohamad Basar, 60, meninggal dunia akibat strok tidak lama selepas itu.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, pihak memaklumkan Norazizah telah dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT) sejak Isnin lalu akibat jangkitan paru-paru.

“Pasangan berkenaan tinggal berdua sahaja di rumah Blok B1, Felda Air Tawar 4 dan dimaklumkan tidak dikurniakan anak. Pada Isnin isterinya telah dihantar ke HKT untuk menerima rawatan akibat jangkitan paru-paru,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik