Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Suami Isteri Terdesak Sanggup Curi Duit Tabung Masjid

Pasangan suami isteri ‘berputih mata’ apabila memperoleh kurang RM10 selepas bertindak mencuri duit tabung Masjid A’ala di Kampung Benua, Simpang Empat.

suami isteri terdesak sanggup curi duit tabung masjid

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah hari dan ia dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) masjid tersebut.

Advertisement

Video tersebut mendapat perhatian orang ramai dan tersebar luar di semua platform media sosial.

Ahli Jawatankuasa Kariah masjid, Mat Khair Ishak menyedari kejadian itu dan menjelaskan pintu pagar serta pintu di semua laluan masuk ke dalam masjid tidak pernah dikunci bagi memudahkan orang ramai untuk memasukinya.

Malah, salah satu tabung dialih dari kedudukan asal semasa dia datang untuk membuat persiapan menunaikan solat zuhur dan terus melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik