Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sat di Jerantut yang hilang ketika mandi di Sungai Kuala Sat dekat Ulu Tembeling pada Ahad ditemukan lemas pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis, beliau memaklumkan mangsa, Ali Mustaqim Rizman,12, ditemui kira-kira jam 3.05 petang pada kedalaman 18 meter dengan jarak kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian.
Advertisement
Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Jerantut untuk dibedah siasat dan disahkan mati akibat lemas dan tiada unsur jenayah.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula jam 9.30 pagi tadi (Isnin) selepas ditangguhkan pada 7.10 petang semalam," katanya.
Sumber: Sinar Harian