Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Suami Dayus Bertindak Pukul Kepala Isteri Guna Topi Keledar

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila sebuah video tular memaparkan seorang lelaki bertindak memukul kepala isterinya dengan topi keledar di tepi jalan.

suami dayus bertindak pukul kepala isteri guna topi keledar

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 2 di Gua Musang, Kelantan.

Advertisement

Berusia 35 tahun, lelaki itu berjaya diberkas di sebuah rumah di RKT Kesedar Paloh 2 kira-kira pukul 2.30 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, pihaknya mendapat laporan dan siasatan awal mendapati suspek merupakan suami kepada mangsa.

Malah, suspek mendakwa kejadian berpunca apabila dia tidak membenarkan isterinya pergi ke tempat kerja di kedai makan.

“Lelaki itu memaklumkan bahawa dia meminta mangsa menjaga ibunya yang sedang sakit.

“Pemeriksaan ke atas suspek tidak menjumpai apa-apa barangan salah, namun ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methaphetamine,” katanya.

Tambahnya, topi keledar berwarna merah yang digunakan sebagai senjata semasa memukul isterinya telah dirampas polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323/18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik