Negara dikejutkan dengan laporan berita dua kanak-kanak meninggal dunia dipercayai kerana strok haba.
Kejadian itu berlaku di Kelantan yang melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan seorang bayi berumur satu tahun tujuh bulan.
Advertisement
Strok haba merupakan satu situasi yang berlaku disebabkan keadaan cuaca di kawasan sekeliling yang panas. Keadaan ini boleh menyebabkan suhu badan seseorang individu meningkat hingga mencecah kepada 40°C atau lebih.
Ini beberapa langkah berjaga-jaga yang boleh dilakukan:
- Memilih pakaian yang bersesuaian, elakkan memakai pakaian ketat dan menghalang badan anda dan anak anda dari mengeluarkan peluh dan proses untuk menyejukkan badan dengan cara yang betul.
- Lindungi diri dari sinaran matahari, anda dinasihatkan untuk berada di dalam rumah dan memakai krim pelindung matahari agar kulit dapat dilindungi.
- Minum air yang banyak dan cukup agar badan kekal hidrasi untuk menggantikan air yang ditukarkan kepada peluh.
- Elakkan anak-anak kecil bermain di luar ketika cuaca panas. Berikan masa pada badan untuk membiasakan diri dengan cuaca panas. Hadkan waktu berada di luar rumah.
- Jangan tinggal di dalam kenderaan kerana apabila kereta diletakkan di bawah matahari suhu kereta boleh meningkat hingga 7°C hanya dalam masa 10 minit.
- Elakkan memakai baju berwarna hitam dan hijau tua kerana pakaian yang gelap menyerap haba. Gunakan baju berwarna putih atau kuning kerana berdasarkan kajian dibuat Japan’s National Institute For Environmental Studies kedua warna ini mempunyai suhu sekitar 30 darjah Celcius ketika dijemur di bawah matahari.
Apa perlu buat jika mengalami masalah kesihatan akibat cuaca panas?
☀️☀️Jabatan Meteorologi Malaysia telah meramalkan 9 kawasan di Malaysia akan mengalami cuaca panas sehingga 37 darjah Celsius iaitu pada tahap berjaga-jaga.
— KKMalaysia🇲🇾😷 (@KKMPutrajaya) April 28, 2023
Cuaca panas boleh memudaratkan kesihatan.
📌Kesan kesihatan akibat cuaca panas boleh berlaku dari tahap ringan… pic.twitter.com/FhtVOe0uiI
Sumber: BuzzKini / Kementerian Kesihatan Malaysia