Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“STR Fasa 1 2026 Bermula Hari Ini, 5 Juta Penerima Dijangka Terima Bantuan…” - PM

“str fasa 1 2026 bermula hari ini, 5 juta penerima dijangka terima bantuan…” - pmFoto: Bernama

Kerajaan MADANI hari ini memulakan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 untuk tahun 2026, yang melibatkan kira-kira lima juta penerima di seluruh negara.

Advertisement

Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial X rasmi beliau.

Menurut beliau, bantuan ini akan disalurkan kepada 3.7 juta isi rumah serta 1.3 juta warga emas yang tiada pasangan, dengan jumlah bayaran antara RM100 hingga RM500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

“STR yang diperkemas dan kini disepadukan dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) memastikan bantuan diberikan secara lebih konsisten dan berterusan untuk membantu keperluan asas rakyat,” kata Anwar.

 

 

Beliau menjelaskan, STR bertindak sebagai bantuan tambahan yang disalurkan setiap suku tahun, khususnya untuk membantu rakyat menghadapi perbelanjaan tinggi seperti pada musim perayaan. Manakala SARA pula disediakan sebagai sokongan asas bulanan yang lebih stabil.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa kerajaan sentiasa komited memastikan rakyat dapat hidup dengan bermaruah dan tidak terjejas oleh kenaikan kos hidup.

“Saya berharap bantuan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para penerima,” tambah beliau.

Sumber: X @anwaribrahim

SINAR Muzik Retro Terbaik