Baru-baru ini, seorang lelaki warga asing ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua dan merampas 85 peket minyak masak subsidi dalam Op Taring Landai, semalam.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, satu pemeriksaan telah dibuat terhadap kereta dipandu suspek pada pukul 12.30 tengah hari berdasarkan risikan unit risikan PPM.
Advertisement
“Hasil pemeriksaan mendapati kereta itu membawa lima kotak mengandungi 85 peket minyak masak satu kilogram yang bernilai RM8,212.
“Minyak masak tersebut tidak mempunyai dokumen dan permit yang sah. Pihak polis turut menahan lelaki warga asing berusia 35 tahun itu untuk siasatan lanjut,” katanya.
Malah, pihak polis menyeru orang ramai agar aktiviti berkaitan menyalahi undang-undang dan peraturan melaporkan kepada mereka supaya keselamatan negara dan ketenteraman awam terpelihara.
“Polis Johor menasihati mereka yang masih terbabit dengan aktiviti penyeludupan agar menghentikan aktiviti berkaitan. Polis tidak akan berkompromi serta akan terus menjejaskan aktiviti ini,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online