Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Solidariti Untuk Palestin, RM1 Bagi Setiap Tiket Gemencheh Boys Disumbangkan

Sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin, RM1 daripada setiap tiket Gemencheh Boys akan disumbangkan kepada tabung bantuan kemanusiaan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin.

solidariti untuk palestin, rm1 bagi setiap tiket gemencheh boys disumbangkan

Menurut Penerbit Eksekutif Gemencheh Boys merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad memaklumkan pihaknya melakukan inisiatif ini demi meringankan beban rakyat Palestin.

Advertisement

"Inisiatif sumbangan ini diambil bagi membantu rakyat Palestin. Kami berharap usaha ini dapat mempamerkan kebersamaan masyarakat terhadap perjuangan Palestin.

"Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan di bumi Gaza," katanya.

Malah, inisiatif agihan RM1 daripada tiket menonton filem Gemencheh Boys kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin telah pun bermula.

Filem Gemencheh Boys terbitan Astro Shaw bersama GV Corporate Advisory dan SOL Pictures mula ditayangkan di pawagam seluruh negara, Singapura dan Brunei, sejak Khamis lalu.

 

 

SINAR Muzik Retro Terbaik