Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Solidariti Buat Palestin! Nenek 82 Tahun Sanggup Daki Gunung Kumpul Dana

Seorang nenek berusia 82 tahun sanggup mendaki gunung menggunakan basikal bagi mengumpul sumbangan untuk rakyat Palestin di Gaza.

solidariti buat palestin! nenek 82 tahun sanggup daki gunung kumpul dana

Berasal dari Britain, Anne Jones berjaya menakluki Gunung Ventoux di Perancis menggunakan basikal selepas menempuh perjalanan sejauh 20.7 kilometer melalui laluan curam dan jauh.

Advertisement

Dia nekad untuk menyahut cabaran tersebut kerana mempunyai rasa tanggungjawab terhadap rakyat Palestin.

Dia yang merupakan pekrja sosial bertindak menunggang basikal selama enam jam pada Rabu lalu untuk sampai ke puncak pada ketinggian 1,910 meter di atas paras laut.

Sebanyak £13,000 (RM77,391.47) berjaya dikumpulkan untuk disumbangkan kepada Amos Trust iaitu tabung dana kecemasan untuk Gaza. 

Sumber: Kosmo Online / Metro UK
 

SINAR Muzik Retro Terbaik