Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Soffi Jikan Alami Jangkitan Pada Jantung, Kini Dirawat di Hospital Serdang

soffi jikan alami jangkitan pada jantung, kini dirawat di hospitalFoto: Instagram

Pelakon terkenal tanah air, Soffi Jikan, kini dilaporkan berada dalam keadaan kurang stabil selepas disahkan mengalami jangkitan kuman pada bahagian jantung.

Advertisement

Perkembangan mengenai tahap kesihatannya dimaklumkan melalui sebuah hantaran di akaun TikTok @mrhasyim pada Ahad. Menurut kenyataan itu, Soffi telah dipindahkan ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut selepas keadaan kesihatannya dilihat semakin serius.

“Soffi Jikan dipindahkan ke Hospital Serdang, keadaan terkini agak serius. Semoga cepat sembuh abangku, wad zac, katil 14,” demikian menurut hantaran tersebut.

Berita mengenai keadaan pelakon berkenaan menimbulkan rasa simpati dalam kalangan peminat dan rakan industri seni. Rata-rata netizen memenuhi ruangan komen dengan doa serta ucapan agar beliau segera pulih dan kembali sihat.

 

@mrhasyim_

JANGKITAN KUMAN PADA JANTUNG

♬ original sound - haseefameen - Asieh

 

Terdahulu, akaun sama pernah berkongsi keadaan kesihatan Soffi yang pada mulanya dirawat akibat jangkitan kencing tikus serta demam denggi. Selepas enam hari menerima rawatan, beliau dibenarkan pulang ke rumah.

Namun, tidak lama selepas itu, Soffi sekali lagi terpaksa dimasukkan ke hospital berikutan mengalami sakit dada yang dipercayai berpunca daripada jangkitan kuman sehingga akhirnya merebak ke bahagian jantung.

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan daripada pihak keluarga mengenai perkembangan lanjut kesihatan beliau, namun peminat terus menzahirkan harapan agar aktor berbakat besar itu segera diberikan kesembuhan.

Sumber: TikTok

SINAR Muzik Retro Terbaik