Skip to main content

Advertisement

Hiburan

SM Sains Alam Shah Terbakar, Bangunan Pentadbiran Runtuh Sepenuhnya

sm sains alam shah terbakar, bangunan pentadbiran runtuh sepenuhnya

Foto Tular

Advertisement

Bangunan pentadbiran Sekolah Menengah Sains Alam Shah di Cheras musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, Mohd Azizi Abdullah memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.15 pagi. Susulan itu, tiga jentera dari BBP Bandar Tun Razak, Hang Tuah dan Cheras bersama dua unit tangki air serta satu unit EMRS dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan keseluruhan bangunan pentadbiran sekolah yang merangkumi bilik guru, bilik mesyuarat, bilik fail serta beberapa bilik lain. Keseluruhan struktur bangunan musnah 100 peratus,” katanya.

Seramai 44 anggota bomba terlibat dalam operasi pemadaman dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.55 pagi.

Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sumber: Astro Awani

SINAR Muzik Retro Terbaik