Skip to main content

Advertisement

Hiburan

FIFA Bongkar Penipuan Pemain Warisan Malaysia, Sijil Kelahiran Datuk Nenek Jadi Bukti!

fifa bongkar penipuan pemain warisan malaysia, sijil kelahiran datuk nenek jadi bukti!

Foto: FAM

Advertisement

Dunia bola sepak tempatan dikejutkan dengan pendedahan mengejutkan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA yang mendapati Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersalah menggunakan dokumen palsu dalam proses pendaftaran tujuh pemain warisan.

Menurut laporan rasmi FIFA, siasatan mendapati beberapa dokumen seperti sijil kelahiran datuk dan nenek pemain yang digunakan untuk membuktikan status warisan didapati tidak sahih.

fifa bongkar penipuan pemain warisan malaysia, sijil kelahiran datuk nenek jadi bukti!

Foto: FIFA

Antara pemain yang terlibat ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano. Mereka semua didapati melanggar Artikel 22 FIFA Disciplinary Code berhubung kesalahan pemalsuan dan penggunaan dokumen tidak benar dalam prosiding rasmi.

fifa bongkar penipuan pemain warisan malaysia, sijil kelahiran datuk nenek jadi bukti!

Foto: FAM

Akibatnya, FAM diperintahkan untuk membayar denda sebanyak RM1.8 juta kepada FIFA. Sementara itu, setiap pemain terlibat turut dikenakan denda CHF2,000 (kira-kira RM11,000) serta digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak.

Kes ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat bola sepak tanah air, yang sebelum ini menaruh harapan tinggi terhadap kehadiran pemain warisan untuk memperkuatkan skuad kebangsaan.

Pihak FAM dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan situasi sebenar dan langkah susulan yang akan diambil bagi memulihkan reputasi bola sepak negara di peringkat antarabangsa.

Sumber: FIFA

SINAR Muzik Retro Terbaik