Foto: Instagram
Pelakon, Siti Saleha berkongsi berita gembira selepas selamat menimang cahaya mata sulung hasil perkahwinannya bersama suami.
Advertisement
Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd. Baharum, 36, memuat naik video pendek di media sosial yang menampilkan detik awal kelahiran bayi lelaki mereka, sekali gus mencuri senyuman dan rasa syukur peminat.
“Anak kami telah lahir. Helo, nama saya Indra,” tulisnya ringkas.
Pelakon drama Dia Imamku itu bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh sebenar kelahiran bayi, sebaliknya memilih untuk berkongsi momen penuh makna itu kepada umum.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti, yang meluahkan rasa gembira serta mendoakan kesihatan ibu dan bayi.
“Selamat datang ke dunia, Indra. Tahniah Saleha dan suami, semoga perjalanan sebagai ibu bapa dipermudahkan,” kata seorang peminat.
Siti Saleha sebelum ini mengumumkan kehamilannya pada Mei tahun lalu, menerima sokongan dan doa daripada ramai pihak.
Dalam satu majlis pendedahan jantina bayi, pelakon itu turut mengumumkan mereka bakal menyambut bayi lelaki, berita yang disambut gembira oleh pasangan tersebut.
Untuk rekod, Siti Saleha mendirikan rumah tangga bersama Joshua Fitton pada 15 Februari 2025.
Sumber: Instagram