Seorang kanak-kanak Palestin mengambil inisiatif untuk menyimpan buku dan sijil di dalam beg sekiranya rumahnya menjadi sasaran pengeboman Israel.

Menurut hantaran perkongsian @alijla2021 di aplikasi X, dia melakukan cara begitu untuk menyelamatkan bahan bukti pendidikan kerana ia sangat bermakna dalam hidupnya.
Advertisement
“Saya selalu bawa barang-barang ni ke mana saja yang saya pergi. Saya sangat suka belajar.
“Andai kata buku-buku saya dimusnahkan. Jadi, musnah jugalah seluruh zaman kanak-kanak saya dan musnah jugah bahan bacaan untuk saya belajar,” katanya.
A beautiful hero in Gaza. بطلة جميلة في غزّة
— Mohannad Abu Rizk - مهند أبو رزق (@MohannadAbuRizk) October 30, 2023
“ I saved my books”
انقذت كتبي
- Amal Ramzi Nusair
أمل رمزي نصير -
When we asked the heroes of Gaza, “What did you manage to save from your houses? “
2021 pic.twitter.com/UepAD4FVgQ
Sembilan tahun lalu, seorang jurufoto pernah merakam kanak-kanak tersebut yang jelas dilihat sangat bersemangat mencari buku-bukunya di sebalik runtuhan rumah yang dibom.
Malah, dia telah mengumpul buku-buku dan sijil-sijil pelajarannya sejak daripada prasekolah lagi dan berazam untuk menjadi seorang jurutera apabila sudah dewasa nanti.
Sumber: Kosmo Online