Seorang lelaki berkongsi pengalaman yang nyaris maut selepas dibelit seekor ular sawa ketika cuba merakam swafoto bersama reptilia itu.

Berasal dari negeri Kerala, lelaki bernama Chandran itu membawa ular tersebut ke sebuah stesen minyak dalam keadaan mabuk untuk merakam swafoto.
Advertisement
Namun, dia rebah ke atas tanah apabila ular sawa itu mula membelitnya selepas meletakkan reptilia tersebut di belakang leher untuk merakam gambar.
Dia akhirnya diselamatkan seorang pekerja stesen minyak berdekatan dan ular itu kemudian menjalar lalu hilang di bawah lori berhampiran.
“Saya tidak pernah berdepan dengan ular tetapi apabila melihat Chandran bergelut, saya terus mendapatkan guni dan berlari ke arahnya.
“Dia bergelut dengan begitu sukar. Saya terpaksa menarik ekor ular itu dan tidak lama kemudian, ia melonggarkan cengkamannya lalu menjalar pergi,” katanya.
Mangsa tersebut bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius selepas insiden itu terjadi.
Sumber: Kosmo Online