Menyayat hati apabila mengetahui seorang bayi berusia empat bulan maut dipercayai tersedak susu ketika mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya, petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Mikhael Mazlan didapati tidak sedarkan diri akibat tersedak susu ketika berada di rumah pengasuhnya.
Advertisement
Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz, beliau memaklumkan kematian mangsa disahkan oleh doktor perubatan di hospital tersebut.
Tambahnya, pasukan perubatan tiba di rumah pengasuh dan mangsa telah diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selama 40 minit selepas didapati tidak sedarkan diri.
Sumber: Kosmo Online