Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sharifah Shahirah Enggan Sentuh Isu Rumah Tangga Artis - “Perkahwinan Ini Seperti Peperangan…”

sharifah shahirah enggan sentuh isu rumah tangga artis - “perkahwinan ini seperti peperangan…”Foto: Instagram

Penyampai radio dan pelakon, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar menegaskan bahawa beliau tidak mahu mengulas atau mencampuri sebarang isu rumah tangga membabitkan rakan artis lain yang kini hangat diperkatakan.

Advertisement

Menurut Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, 51, dia merasakan dirinya dan suami, Ijoy Azhari, bukanlah orang yang layak untuk menasihati sesiapa memandangkan mereka sendiri masih melalui pelbagai dugaan dalam alam perkahwinan.

“Lebih baik jangan banyak bercakap tentang rumah tangga orang. Jangan tambah provokasi. Setiap pasangan ada fasa mereka sendiri, terkadang wanita mudah untuk jadi terlalu emosional. Untuk keluar dari fasa itu, kena bijak kendalikan diri,” katanya.

Mengulas lanjut, Shiera berkata isu perceraian bukanlah perkara baharu, sebaliknya sudah berlaku sejak zaman dahulu.

“Saya malas nak komen, nenek saya pun pernah kahwin tiga kali. Semua tu ada sebab. Cuma sekarang ni rakyat makin ramai, jadi nisbah perceraian pun meningkat. Kalau tak boleh teruskan, jangan berpura-pura, tapi cubalah cari penyelesaian terbaik. Perkahwinan ni macam peperangan, kita kena tahu cara menamatkannya,” ujarnya.

Sementara itu, Ijoy pula menekankan bahawa sikap bertolak ansur menjadi asas utama dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Susulan daripada itu, Shiera menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah menilai atau memperkatakan hal rumah tangga orang lain tanpa mengetahui cerita sebenar.

“Kalau nak cakap pun biarlah berpada-pada. Kesian pada mereka yang sedang diuji. Kalau perlukan nasihat, carilah orang yang betul-betul layak memberi pandangan,” katanya menutup bicara.

Sumber: mStar Online

SINAR Muzik Retro Terbaik