Menyayat hati apabila melihat kem pelarian Jabalia di utara wilayah Gaza musnah sepenuhnya akibat serangan kejam Zionis dari udara dan darat.

Malah, penduduk Palestin meluahkan rasa kecewa apabila bukan hanya rumah tetapi kezaliman Zionis ialah cuba membunuh kesemua rakyat Palestin.
Advertisement
Sekurang-kurangnya 13,300 rakyat Palestin disahkan terbunuh, termasuk 5,600 daripadanya adalah kanak-kanak.
Serangan zionis terhadap Gaza telah menjadikan sebahagian besar Gaza, terutama bahagian utaranya, menjadi padang jarak, padang tekukur.
Kini, kira-kira dua pertiga daripada 2.3 juta penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal.
Sumber: Astro AWANI